Pemodenan Shenyang J-11

China sedang menimbangkan untuk mengunakan enjin keluaran domestik WS-10A untuk mengantikan enjin Saturn Lyulka AL-31FN buatan Rusia. Enjin baru WS-10A, dilaporkan memiliki 13,200kg tujahan kipas-turbo, mungkin akan digunakan dalam jangkamasa 5 tahun akan datang. Semasa Pameran Udara Zhuhai pada tahun 2002, satu gambar yang dikeluarkan menunjukan pesawat J-11 telah diubahsuai untuk menguji enjin WS-10A.[3] Bagaimanapun, berdasarkan media Rusia, pada bulan November 2006, China ingin meningkat upaya enjin pesawat Flanker sedia ada mereka dan merancang untuk mendapatkan enjin sama ada dari Saturn-Lyulka dengan enjin 117S (pembangunan daripada enjin Lyulka AL-31F), yang mana dirancang untuk digunakan pada pesawat Su-30MKI India, ataupun enjin dari Salyut, iaitu enjin AL-31F-M1, satu versi tingkat upaya daripada enjin AL-31F.[4]